~ Cara mengubati kucing yang terkena virus ~



Assalamualaikum

hari ni nak cerita pasal cara nak ubat kucing yang terkena virus .. dulu kucing aku dua ekor hampir mati kerana virus tapi sayang yang lagi seekor dah mati emmm.. 

Mula-mula nak cerita dulu tanda-tanda kucing aku ni kena virus, yang pertama kucing aku ni akan menggaru telinga dia, mula-mula aku pun pelik kenapa asyik garu je telinga tu, aku pun cuba la melihat dalam telinga dia rupa-rupanya penuh dengan tahi telinga.. lepas tu aku ada jugak perasan yang kucing aku ni hilang selera makan bukan tu je boleh kata kan dalam satu hari 8-9 kali dia muntah, kesian tengok dema ni .. kucing aku yang pertama kena virus nama dia remang lepas tu berjangkit kepada onso kucing aku yang last nama apit tu hampir-hampir je nak kena ..

Aku ada lah bawa si remang ni pergi veterina yang kerajaan la, sebab remang paling teruk kena virus ni kalau korang tengok dah macam nyawa-nyawa ikan je, aku rasa dah macam nyawa dia ni 50-50 je nak hidup..  doktor cakap remang ni terkena virus tak ada ubat untuk sembuhkan dia .. tapi doktor ada cakap cuba bagi dia minum air glukosa atau air gula .. 

cara dia korang letak gula dalam air masak lepas tu kacau sampai rata lepas tu letak dalam syringe (ala tempat yang cucuk orang tu haha) .. lepas tu setiap 4 jam korang bagi dia minum, kalau kucing korang tak nak minum paksa dia sambil bercakap dengan dia .. contohnya macam ni "Remang makan la ubat ni, nanti remang sembuh boleh kita main kejar-kejar" ni ayat aku bagi kat kucing aku ..

 Ini la syringe tu, boleh dapat di veterina kerajaan ye.. 


Selain tu, kawan aku pernah cakap kalau kat rumah korang ada kucing yang adik beradik dengan kucing korang yang terkena virus ni , ASINGKAN bilik daripada kucing tu , kawan aku cakap kalau adik beradik lagi mudah virus tu datang berjangkit..

Bukan itu sahaja, korang jugak boleh memberi kata semangat kat kucing korang yang terkena virus tu.. contohnya macam ni "Remang sembuh la cepat, nanti boleh main kat luar, nanti kalau remang dah sihat remang boleh panjat pokok, remang kan suka panjat pokok, cepat sihat tau" ni aku bagi kat kucing aku la ..

aku buat macam-macam pun kucing aku tetap tak dapat sembuh, akhir sekali, aku baca yassin dengan niat nak bagi kucing aku sembuh, Alhamdulilah tak sangka aku lepas baca yassin je kucing aku si remang ni terus bangun, siap datang mintak manja lagi kat aku.. sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..

sebaik sahaja remang sihat boleh kata kan sebulan jugak la dia terlantar sakit di dalam sangkar dengan pintu terbuka tu, tiba-tiba onso pulak sakit, family aku bawak onso pergi klinik haiwan yang swasta tu, doktor swasta tu cakap tinggalkan dia dekat klinik ni, family aku pon tinggalkan onso.. esok tu doktor tu call cakap onso dah mati .. MENYESAL hantar onso pergi klinik haiwan swasta tu ..sampai sekarang aku anti dengan klinik tu hahaha...

 Gambar Onso sebelum mati

Gambar deme 3 beradik

 Gambar onso mati

Sekarang ni tinggal deme dua je la, remang dan apit





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~ Cara menjinakkan kucing yang belum di jinak ~

~ Mandikan Kucing ~