cara ubat kucing terkena virus sporo


Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya mengubati kucing saya yang di jangkiti virus sporo..

seperti yang ramai orang tahu.. virus sporo ni boleh membawa maut kepada kucing jika TIDAK dirawat.. dan boleh menjangkiti manusia jika manusia tidak memakai sarung tangan sewaktu merawat kucing yang dijangkiti virus sporo..




ini contoh sporo yang ada pada kucing saya.. ini dah ubat..dulu waktu mula-mula kena lagi teruk..

selalunya sporo ni kena pada bahagian telinga, muka, kaki, tangan..jap kucing ada tangan ke? hahahahhaahaha

pekara utama yang anda perlu lakukan jika kucing anda terkena sporo ialah ASINGKAN KUCING ANDA DARIPADA KUCING YANG LAIN sebab penyakit ni boleh berjangkit dengan kucing yang lain..

macam yamang (nama kucing saya) saya letak dalam sangkar luar rumah.. kesian dia dah 2 bulan lebih duduk sangkar..

okay seterusnya untuk merawat, berikan kucing anda ubat makan.. boleh beli ubat inox di klinik swasta (25 ringgit satu papan, satu papan ada 4 biji) bagi ubat inox ni bukan sebijik terus.. buka plastik ubat tu dan bahagi kepada 3 bahagian.. 1 HARI 1 KALI SAHAJA.. letakkan serbuk ubat itu di dalam ikan supaya kucing anda mudah makan..




                              ini ubat inox


 sebenarnya ubat inox ni sangat kuat.. tak elok untuk jantung kucing..jadi jika anda sayang kucing anda...anda perlulah sediakan vitamin untuk kucing anda..

saya guna ni.. ini elok untuk jantung si comel tapi tak sedap.. yamang paling tak suka makan vitamin ni..boleh beli di himalaya atau di lazada atau di shopee..

vitamin ni pon elok.. bukan untuk kucing sporo je, kucing biasa pon boleh makan vitamin ni.. vitamin ni sedap..yamang, apit dan chocho suka makan hahhahaha boleh beli di klinik haiwan

 

selepas bagi ubat serbuk dan vitamin.. perlu juga beri ubat pada luka di kaki, telinga dan muka kucing anda..supaya lebih cepat sihat..cara untuk ubat luka di kawasan luar adalah..


mula-mula saya guna spray ni.. manusia boleh guna, beli pon dekat farmasi manusia, bawak p klinik haiwan..tanya doktor haiwan boleh pakai ke..doktor kata boleh je.. tapi spray ni pedih..kesian yamang..lepas tu google jumpa spray yang guna bahan organik..



ni ha guna bahan organik.. bila spray yamang tak sakit.. boleh cari di facebook taip je nama tu.. pakai ni elok, lebih cepat luka dia sembuh..

sekarang kaki yamang dah sembuh, dekat badan dia pon dah sembuh..tapi doktor haiwan cakap walaupun luka dah tutup, bulu dah tumbuh..tapi dia tetap kena makan ubat inox selama 2 bulan..sebab akar virus tu belum mati sepenuhnya.. kalau tak makan takut nanti sakit sporo tu kembali lagi..

lepas luka dah tutup, bulu pon dah tumbuh..bagi duduk rumah sebab dah berbulan-bulan duduk sangkar.. kesian dia..





Ulasan

Catatan Popular