Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

~ Mandikan Kucing ~

Imej
Assalamualaikum
kita sering tahu bahawa kucing teramat bencikan air.. ada juga kucing yang suka mandi ada juga yang tidak, kucing aku boleh katakan 50-50 la suka mandi haha
aku mandikan kucing sejak mereka berumur 5 bulan sebab jiran sebelah rumah aku cakap tak elok mandikan kucing sewaktu mereka masih kecil .. selalunya masyarakat diluar sana akan mandikan kucing mereka di dalam sangkar, namun aku mandikan kucing aku di dalam bilik air (ha.. klas kau nyah)
aku juga mandikan kucing menggunakan air suam (udah rupa baby haha).. sewaktu aku mandikan kucing-kucing aku ni, aku akan berkata-kata dengan diorang contoh macam ni "remang nanti dah mandi baru lah cantik, gebu, comel , mei kontot pon terpikat dengan remang (mei kontot tu kucing jantan jiran sebelah hehe)".. manakala si apit pulak aku cakap cam ni "apit nanti apit wangi barulah aweks2 kat luar sana syok kat apit" .. nampak tak permainannya hahaha
kadang-kadang kan kucing kita ni faham dengan apa yang kita caka…

~ Cara mengubati kucing yang terkena virus ~

Imej
Assalamualaikum
hari ni nak cerita pasal cara nak ubat kucing yang terkena virus .. dulu kucing aku dua ekor hampir mati kerana virus tapi sayang yang lagi seekor dah mati emmm.. 
Mula-mula nak cerita dulu tanda-tanda kucing aku ni kena virus, yang pertama kucing aku ni akan menggaru telinga dia, mula-mula aku pun pelik kenapa asyik garu je telinga tu, aku pun cuba la melihat dalam telinga dia rupa-rupanya penuh dengan tahi telinga.. lepas tu aku ada jugak perasan yang kucing aku ni hilang selera makan bukan tu je boleh kata kan dalam satu hari 8-9 kali dia muntah, kesian tengok dema ni .. kucing aku yang pertama kena virus nama dia remang lepas tu berjangkit kepada onso kucing aku yang last nama apit tu hampir-hampir je nak kena ..
Aku ada lah bawa si remang ni pergi veterina yang kerajaan la, sebab remang paling teruk kena virus ni kalau korang tengok dah macam nyawa-nyawa ikan je, aku rasa dah macam nyawa dia ni 50-50 je nak hidup..  doktor cakap remang ni terkena virus tak ada ub…

~ kisah kucing ku ~

Imej
Assalamualaikum
Dah lama rasanya aku tak update blog ni .. hahaha .. ok hari ni nak cerita pasal kucing-kucing aku ..

Dulu aku nak sangat bela kucing, sampai hari-hari aku cakap kat mak aku nak kucing nak kucing nak kucing, sampai mak aku pon rimas dengan aku .. aku berdoa kepada Allah yang aku nak sangat bela kucing, tak sangka aku beberapa hari kemudian tiba-tiba datang seekor kucing ke rumah aku .. kucing tu tengah bunting, aku selalu bagi dia makan, lama-lama dia dah biasa dengan aku .. aku bagi nama dia catrina hahaha 
Pada 23/5/2014 lahirlah tiga ekor kucing yang sangat comel yang bernama brad pit (apit), alfonso de albuqaque (onso) dan michael jackson (achael/remang). catrina punya anak lah ..

Yang besar tu catrina .. yang hitam tu achael, oren tu apit dan kelabu putih tu onso

Oren tu apit, kelabu putih tu onso 

Remang a.k.a achael
Masa untuk monopod hahaha
Masa untuk panjat pokok hahaha

Semua gambar di atas adalah gambar sewaktu mereka masih kecil, sekarang deme ni udah besar…