~ Mandikan Kucing ~



Assalamualaikum

kita sering tahu bahawa kucing teramat bencikan air.. ada juga kucing yang suka mandi ada juga yang tidak, kucing aku boleh katakan 50-50 la suka mandi haha

aku mandikan kucing sejak mereka berumur 5 bulan sebab jiran sebelah rumah aku cakap tak elok mandikan kucing sewaktu mereka masih kecil .. selalunya masyarakat diluar sana akan mandikan kucing mereka di dalam sangkar, namun aku mandikan kucing aku di dalam bilik air (ha.. klas kau nyah)

aku juga mandikan kucing menggunakan air suam (udah rupa baby haha).. sewaktu aku mandikan kucing-kucing aku ni, aku akan berkata-kata dengan diorang contoh macam ni "remang nanti dah mandi baru lah cantik, gebu, comel , mei kontot pon terpikat dengan remang (mei kontot tu kucing jantan jiran sebelah hehe)".. manakala si apit pulak aku cakap cam ni "apit nanti apit wangi barulah aweks2 kat luar sana syok kat apit" .. nampak tak permainannya hahaha

kadang-kadang kan kucing kita ni faham dengan apa yang kita cakap dengan deme .. so rajin-rajin la bercakap dengan kucing korang .. 


remang kena mandi hahaha



Antara syampu yang aku gunakan untuk mandikan kucing aku .. syampu yang Machiko Flea tu syampu kutu, syampu tu kadang-kadang je aku guna .. selalunya lepas aku letak syampu atas badan kucing aku, aku akan berus bulu diorang dan juga tapak kaki , ye la berjalan kat luar tu pijak benda bukan2 lepas tu malam tidur atas katil, tak pasal-pasal katil aku pon kotor, jadi bila berus kaki tu bersih la sikit haha (aku mandikan kucing 2 kali sebulan)

lepas mandi, bagi remang yang bulu panjang aku akan sikat bulu dia, apit aku tak sikat (bulu kucing pon pendek) haha ..yang botol biru tu ubat bagi jangan bagi kutu ada kat diorang, ubat tu wangi jadi kadang-kadang aku letak ubat tu kat bulu diorang bila diorang dah busuk sangat (bila letak ubat tu wangi ler sikit walaupun tak de kutu) hahaha .. botol putih tu pulak ubat telinga, doktor ada cakap letak ubat telinga tu setiap kali lepas mandi, tapi aku tak letak pon sebab bila nak letak je kucing-kucing aku semua lari hahaha

jadi itu lah cerita aku, ada orang pernah cakap nak mandikan kucing , muka kucing jangan kena air.. muka kucing hanya kena air sikit-sikit je tu pon daripada tangan kita, bila mandikan kucing juga jangan air tu kena telinga dia.. itu la yang aku selalu dengar..

Lepas mandi apa lagi tidur la hahaha

Ulasan

  1. Pergghhh Glerr Kucingg Ropenyerr Bdakk Nihh Huahahaha
    Terbeiieik

    BalasPadam
  2. Nak Tanya, machiko flea shampoo tu beli kat mana and dalam btol biru, apa nama ubat tu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~ Cara menjinakkan kucing yang belum di jinak ~

~ Cara mengubati kucing yang terkena virus ~