~.. Adik Angkat Lebih Penting Atau Adik Kandung ?? .. ~

~ ASSALAMUALAIKUM ~

Ok hari ini nak cerita pasal adik angkat yang tak terangkat ni ! , Ok sebelum mula aku nak bagi tahu yang aku memang tak ada adik angkat , kalau ada pun tak serapat sangat , aku tak perlu adik angkat walaupun sememangnya aku tak ada adik kandung (aku anak last)

Ok ceritanya macam ini ada seorang lelaki atau perempuan asyik tinggalkan adik dia , biarkan adik dia balik sorang-sorang .. kesian dekat adik dia kan ! kalau dulu kan waktu adik dia belum masuk sekolah menengah , dia ada adik angkat , kalau adik angkat dia kan hari-hari balik sama-sama .. sangup kot tunggu adik angkat dia .. Tapi kenapa dengan adik sendiri tak boleh buat macam tu ??

Ok aku bukan jaga tepi kain orang tapi aku hanya pelik dan ingin tahu .. apa istimewa nya adik angkat sehinggakan adik sendiri dipertikaikan ?? Bukankah adik kandung tu DARAH DAGING kita sendiri !! Seburuk mana dan tak serapat mana pun dia tetap adik kandung ( DARAH DAGING ok !! )

Kadang-kadang kan aku rasa kesian dekat adik-adik yang dapat abang atau kakak macam tu (nasib baik kakak dan abang aku baik .. tak tinggalkan aku pun) ..

Kepada kakak-kakak atau abang-abang yang ada adik angkat dan adik kandung .. jaga lah kedua-dua adik dengan sama rata ( JANGAN PILIH KASIH !! ) cuba korang bayangkan kalau korang sendiri dekat tempat adik korang dan kakak atau abang korang buat macam tu apa rasanya ! mesti bengang kan !

Ok Tata :)


P/S: Sayangilah dan jagalah adik anda sebelum dia pergi pulang kepada-Nya .. :)

Ulasan

  1. "nasib baik kakak dan abang aku baik..tak tinggalkan aku pun"

    ayat ni puji ke???
    huhuhuhuhu

    BalasPadam
  2. lebih kurang , hehehe

    nak hadiah , hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~ Cara menjinakkan kucing yang belum di jinak ~

~ Cara mengubati kucing yang terkena virus ~

~ Mandikan Kucing ~