~ Kehidupan Di KUIS ~


Assalamualaikum..

Hai semua dah lama tak update blog hehehe.. sekarang ni aku dah sambung belajar di KUIS atau nama sebenarnya Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan aku amik kos Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Insan atau nama lainnya Pengurusan Sumber Manusia atau nama orang putih nya Human Resource Management hahaha..

Ok setakat ni kehidupan di KUIS ok je tak de apa-apa masalah , lecture pon semuanya baik-baik belaka hahaha.. pada sesiapa yang nak masuk KUIS tu masuk cepat-cepat jangan ditunggu lagi hahaha promote KUIS la pulak..

Kenapa aku pilih KUIS ?? entah la aku pon tak pasti kenapa aku pilih KUIS tiba-tiba hati terdetik nak pilih KUIS hahaha.. Ok nak share la sikit suasana KUIS ni kan ..

Ini lah Masjid KUIS pandangan dari atas bangunan block Nursing hehe..


sekarang ni aku dah nak masuk sem 4 belajar di KUIS, ingat lagi sewaktu aku sem 1 di KUIS pelbagai rintangan berlaku antaranya kena marah dengan pak guard sebab pakai baju singkat (mana ada singkat pak guard tu yang over) lepastu kena marah dengan ustaz sebab pakai bukan baju kurung atau jubah p kelas (masalahnya budak ex asasi sendiri yang cakap boleh pakai baju labuh dengan skirt bila kelas malam) (kejadian berlaku sewaktu malam ye).. macam-macam lagi la yang berlaku waktu sem 1 tu rasa macam memang give up sungguh la.. rasa macam nak lari dari KUIS.. hahahaahahahaha


tapi tu la.. aku bukan manusia yang mudah mengalah jadi aku teruskan hidup sehingga sekarang.. dan Alhamdulilah sem 2 berjalan seperti biasa tiada apa yang berlaku sehingga la sekarang.. dan berharap tiada apa yang berlaku untuk sem yang akan aku tempuhi nanti..



belakang tu tasik KUIS.. hadapannya pusat konvensyen juga merupakan dewan exam.. sebenarnya ni gambar lepas habis jawab paper exam yang terakhir untuk sem 3 hahahaha


tasik KUIS boleh buat apa? boleh kayak je.. berenang pon boleh asalkan ada life jacket, ko jangan pakai terjun pulak.. hahahaha



Iolls pakai baju HR sambil memanah ke hati awak.. hahahahaha



inilah gambar kelas iolls.. hahahaha


Walaupun Kuis tak sebesar universiti lain, TAPI suasana kUIS sangat aman, setiap kali nak masuk sem baru, balik dari cuti sem ke apa ke.. bila masuk je dalam KUIS automatik jiwa aku rasa tenang, tenteram .. aku pon tak tahu kenapa.. 

Bak kata ustaz don KUIS (Kolej Untuk Isteri Solehah) hahahaaha jadi mari la pakat ramai-ramai masuk KUIS.. k bye2

Ulasan

Catatan Popular